Keputusan Cemerlang PSRA 2016 PDF Cetak E-mail

Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah, pada tahun ini SRISAAS telah dianugerahkan sebagai Sekolah Cemerlang Peringkat Negeri Selangor bagi peperiksaan PSRA dan juga telah berjaya mengekalkan 100% kelulusan bagi peperiksaan PSRA sebagaimana tahun-tahun sebelumnya.

Seramai 14 calon telah menduduki peperiksaan ini dan Alhamdulillah kesemua calon SRISAAS telah berjaya mendapat pangkat MUMTAZ.

 

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang telah bertungkus lumus dan berusaha keras melibatkan diri dalam semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dari awal tahun sehingga selesai peperiksaan sebenar untuk mencapai keputusan yang cemerlang ini.

Tahniah juga diucapkan kepada ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan juga sokongan kepada anak-anak sepanjang pembelajaran mereka di SRISAAS.

Tidak lupa juga, tahniah diucapkan kepada ustazah yang telah bertungkus lumus dan berkorban masa juga tenaga untuk mendidik pelajar-pelajar sehingga dapat mencapai keputusan yang cemerlang ini.

Akhir kata, Ibu bapa cemerlang membentuk anak-anak yang terbilang.

Tahniah diucapkan kepada semua.

 

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Kalendar Aktiviti

<<  Februari 2020  >>
 I  S  R  K  J  S  A 
       1  2
  3  4  5  6  7  8  9
10111213141516
17181920212223
242526272829 

Facebook SRISAAS

logo-facebook-srisaas-150


MN Millennium Education Centre