Profil Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan PDF Cetak E-mail

Kami warga Sekolah Rendah Islam Saidina Abu Bakar As-Siddiq, dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan segala usaha kami untuk:

  •  Mendukung falsafah Pendidikan Negara di samping memenuhi tuntutan Islam untuk melahirkan generasi beriman lagi bertaqwa yang mengamalkan cara hidup Islam dan mengejar redha Allah dalam segenap aspek kehidupan.
  • Bersedia serta berjuang untuk menjadi individu yang terlatih, bertanggungjawab, berdedikasi, berketrampilan, berdisiplin dan sedia menyahut cabaran demi meningkatkan martabat pendidik sehingga ke taraf antarabangsa
  • Memberikan segala komitmen khususnya untuk mendidik pelajar dalam usaha mewujudkan individu yang berpotensi secara menyeluruh dan bersepadu bagi membentuk insan harmonis, berintelek, berketrampilan, berakhlak mulia dan berpengetahuan agama yang mantap serta bertanggungjawab pada agama, diri, keluarga, masyarakat dan Negara.
  • Berusaha dengan penuh berdedikasi bagi mencapai prinsip-prinsip perkhidmatan yang cemerlang agar membawa kepada matlamat yang diidamkan serta tercapainya objektif sekolah ini.
  • Berjanji akan memberikan yang terbaik dalam setiap usaha kami dalam membentuk sahsiah pelajar dan memastikan setiap pelajar mendapat manfaat yang besar dalam setiap program yang diketengahkan.

 

 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

TAQWIM SEKOLAH 2019

Muat turun Taqwim Sekolah di bawah:


 

Kalendar Aktiviti

<<  September 2019  >>
 I  S  R  K  J  S  A 
        1
  2  3  4  5  6  7  8
  9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Facebook SRISAAS

logo-facebook-srisaas-150


MN Millennium Education Centre