Perkhidmatan TISAAS Profil TISAAS
Latar Belakang TISAAS PDF Cetak E-mail

alt

 

LATAR BELAKANG TADIKA ISLAM SAIDINA ABU BAKAR AS-SIDDIQ

  • Ditubuhkan pada tahun 2000.
  • Diasaskan oleh Puan Rahilah Akhtar Husin.
  • Berdaftar di bawah akta pelajaran 1961, Kementerian Pelajaran Malaysia, dengan nombor pendaftaran BOB 7001.
  • Penubuhan TISAAS merupakan kesinambungan daripada penubuhan sekolah rendah.
  • Penubuhan tadika ini tercetus apabila Puan Rahilah mula berfikir bahawa penerapan ilmu daripada peringkat 5 dan 6 tahun adalah penting. Ini kerana, pada umur ini kanak-kanak sedang mengalami satu proses penerimaan ilmu. Lebih-lebih lagi, ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selepas pendidikan di rumah. Ia menjadi tapak yang boleh menyemaikan bibit cintakan ilmu pengetahuan dan cintakan sekolah.

 

OBJEKTIF TISAAS

  • Seimbang dari segi akademik dan islamik.
  • Melahirkan kematangan emosi, kemahiran bersosial, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah.
  • Penguasaan agama yang mantap dan para pelajar akan dididik untuk mempraktikkannya dalam kehidupana seharian mereka.
  • Membentuk sahsiah pelajar.



KELEBIHAN TISAAS

  • Tisaas menjanjikan pelajar akan pandai membaca, mengira dan menghafal surah-surah pilihan serta doa seawal usia 5 tahun lagi.
  • Guru yang berdedikasi dan cara penyampaian yang mantap memberi kepuasan kepada ibu bapa yang memilih TISAAS sebagai pilihan untuk anak masing-masing.
  • Silibus yang seimbang dari segi akademik dan islamik akan berjaya melahirkan pelajar yang mantap dari segi ilmu dunia dan akhirat.
  • Kurikulum yang universal, terancang dan terkini selaras dengan Pendidikan Alaf 21.
  • Memudahkan pelajar untuk memasuki Tahun 1.
  • Kemudahan infrastruktur yang lengkap.
  • Yuran yang berpatutan.
  • Pendaftaran terbuka untuk pelajar 5 & 6 tahun

 

SESI PERSEKOLAHAN :

  • ISNIN-KHAMIS
  • SESI PAGI: 8.00 PG – 12.00 TGH HARI

  • JUMAAT
  • SESI PAGI: 8.00 PAGI - 11.00 PAGI
 

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

TAQWIM SEKOLAH 2017

Muat turun Taqwim Sekolah di bawah:

button-taqwim-srisaas2017

button-taqwim-TISAAS2017

 

Kalendar Aktiviti

<<  Februari 2019  >>
 I  S  R  K  J  S  A 
      1  2  3
  4  5  6  7  8  910
11121314151617
18192021222324
25262728   

Facebook SRISAAS

logo-facebook-srisaas-150


MN Millennium Education Centre